Thursday, October 13, 2011

..cukuplah sekadar kawan..

sentap kooottt....rasanya kalau boleh digambarkan keadaan aku sekarang ni, dah macam orang sasau dah. aku cuba gagahkan diri menahan air mata yang mahu pecah di empangan kelopak mata. ku menahan dengan keterpaksaan...yaAllah, kuatkan hatiku.



satu keping mesej diterima dari si dia.
aku tidak mampu untuk menaip keseluruhannya.
tapi, di akhir ayatnya,
" saya minta maaf, rasanya hati saya tidak dapat terima awak lagi. cukupla sekadar kawan"



berderai air jernih membasahi pipi. begitu tersentap dengan bait bait mesej yang diterima. di imaginasi, sudah tiada peluang untuk ku bersamanya kembali. terlintas segala kenangan yang telah dibina selama 3 tahun. pergi seolah angin yang lalu menyapa pipi.



YaAllah. berikan ku kekuatan. kekuatan untuk melupakan insan yang pernah ku sayang. insan yang pernah ku puja. aku percaya, segalanya sudah tertulis sebelum aku melihat dunia lagi. aku redha. aku pasrah. jika benar ini saja pengakhiran kisah cinta kami, aku cuba terima. walaupun susah untukku telan. 



YaAllah. seandainya dia bukan jodohku, engkau hilangkan lah ingatan ini pada dia.lupuskan lah bayangan dia dalam diriku. jauhkan lah segala kenangan yang telah dibina bersamanya. YaAllah. engkau isilah kesedihan ini dengan hikmahmu. hikmah yang juga aku tidak ketahui....


buat dirimu,

maaf.
aku tahu.
aku juga pernah melakukan kesilapan.
semoga ianya dimaafkan.
tapi, aku tidak boleh menjadi sahabatmu.
sukar hati ini untuk menerima orang yang pernah dia sayang sebagai sahabat.
aku tahu.
engkau boleh temui orang yang lebih baik dariku.
aku pasrah.


duhai hati,
bersabarlah menghadapi ujian ini.
sesungguhnya, Allah masih sayangkanmu.
Allah masih mahu menguji.
menguji kekuatan rohanimu.
semoga si hati diberi ketenangan.
bersabarlah si hati...
redhala dengan apa jua keadaan yang berlaku..



terima kasih awak.
kerana awak pernah membahagiakan hidup saya.
satu ketika dulu.
setiap saat, minit, jam yang terdetik.
pasti ku ingat kenangan bersamamu.



Hanya tinggal kenangan..
Sara_lief..

No comments:

Post a Comment